Program Capture The Flag - Pengaturcaraan Untuk Pemula i
13 April 2025 | Aktiviti TerkiniPada 12 April 2025 2025, telah berlangsung Program Capture The Flag - Pengaturcaraan Untuk Pemula i. Program ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 10:00 pagi sehingga pukul 12:00 tengah hari. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang kelas ini berlangsung, cikgu Naqib sebagai wakil kepada Cybersecurity telah memberi penerangan mengenai cara untuk memasukkan nama ke dalam rangkaian Phantom. Selain itu, cikgu Naqib memberi penerangan mengenai input dan ouput iaitu contoh dan fungsi. Seterusnya, cikgu Naqib memberi penerangan mengenai jenis data iaitu int, float, str, dan bool serta contoh seperti x,y,z, dan a. Akhir sekali, cikgu Naqib memberi penerangan mengenai tips penamaan pembolehubah seperti gunakan huruf kevik dan garis bawah untuk pemisah, tidak boleh bermula dengan nombor dan gunama nama yang bermakna.
Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat meningkatkan pengetahuan peserta tentang Program Capture The Flag. Selain itu, dapat mengeratkan hubungan antara staf NADI, peserta dan Cybersecurity.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: